Sabtu, 28 April 2012

X-Plan Kembali lagi Jom Tukar...


Jom tukar | Dengan X-Plan bukan hanya jaminan beli balik produk sendiri. Public Gold pun menerima sebarang bentuk emas anda, tak kira berjenama ataupun beli dikedai emas | amacam ???????
019.913.5.525

Khamis, 26 April 2012

Petua untuk anda miliki emas


Petua untuk anda miliki emas saiz impian anda ; Bercita-cita, pegang, cium kemudian tarik nafas dan doa Ya Allah jika aku diberi kudrat untuk memegang logam mulia yang seberat igauan aku ini maka kurniakan kepada aku kekuatan untuk memilikinya untuk aku mendalami erti bersyukur dalam kurniaan Mu. Maha Suci Engkau yang memiliki segala perbendaharaan dilangit dan dibumi. Amin...

Rabu, 25 April 2012

My Mentor


Jika nak berjaya dalam bidang perniagaan mesti ada M.E.S.T.I.  D.U.I.T

M-Mentor
E- Elmu
S- Sistem
T- Tindakan
I- Impian

D-Doa
U-Usaha
I-Istiqamah
T-Tawakkal


Apa Itu Inflasi

Istilah inflasi banyak digunakan dalam hal-hal berkaitan ekonomi. Kali ini saya ingin mengajak pembaca mengenai inflasi. Apa itu inflasi? Kebanyakan dari kita hari ini masih tertanya-tanya apakah itu inflasi dan apakah kesanya kepada kehidupan kita. Inflasi adalah suatu keadaan ekonomi dimana berlaku kenaikan harga barang ataupun perkhidmatan yang berterusan. Antara punca-puncanya adalah seperti berikut :-

1. Inflasi Tarikan Permintaan
Inflasi berlaku apabila bekalan barangan dan perkhidmatan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. la berpunca daripada pertambahan permintaan secara tiba-tiba dalam jangkamasa pendek. Pengeluar kesuntukan masa untuk menambah pengeluaran bagi memenuhi permintaan. Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi keuntungan yang lebih.

2. Inflasi Tolakan Kos
Berlaku apabila kos pengeluaran meningkat. Pengeluar akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan. (APA YANG BERLAKU SEKARANG, SELEPAS PENINGKATAN HARGA MINYAK DUNIA)-harga minyak turut mempengaruhi kenaikan harga2 barang keperluan…kita sebagai pengguna tiada pilihan.

3. Inflasi Bekalan Wang Fiat.
Berlaku apabila bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. Inflasi ini biasanya berlaku semasa peperangan. Wang yang banyak dicetak untuk membiayai perbelanjaan peperangan. Wang yang akhirnya menyebabkan inflasi. Oleh itu adalah penting untuk mempastikan peningkatan bekalan wang pada tahap tertentu bersesuaian dengan barangan dan perkhidmatan yang ada di pasaran setiap masa. (AMERIKA DAN EROPAH SEDANG MENGHADAPI KRISIS INI)-krisis sebegini jarang berlaku dinegara2 membangun.

4. Inflasi Pentadbiran Harga
Berlaku apabila hanya terdapat sebuah syarikat (monopoli) atau sebilangan kecil syarikat (oligopoli) yang membekalkan barangan atau perkhidmatan, pengeluar biasanya mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Jika pengeluar menggunakan kuasa itu, harga akan meningkat. Pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli pada paras harga yang ditentukan oleh pengeluar atau pembekal. Pengeluar atau pembekal berkemungkinan akan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk menikmati keuntungan yang lebih besar sama ada kos meningkat atau tidak. Harga sedemikian dipanggil harga pentadbiran. (CONTOH TERBAIK, ASTRO MEMONOPOLI SIARAN TV KABEL)

5. Inflasi Yang Diimport
Faktor-faktor luar negara juga boleh menyebabkan inflasi. Apabila kos bahan-bahan mentah, barang siap atau perkhidmatan yang diimport dari luar negara meningkat, ia akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan meningkat tanpa mudah disedari. Kenaikan harga barangan import boleh berlaku secara langsung iaitu inflasi yang berlaku di negara pengeksport atau ticlak langsung melalui perubahan kadar pertukaran wang asing yang memlhak kepada negara pengeksport. (INI BIASA BERLAKU, KERANA KEADAAN EKONOMI SESEBUAH NEGARA BERUBAH-UBAH)



LANGKAH MEMBENDUNG INFLASI

1. Mengawal Permintaan

Jumlah permintaan melebihi jumlah penawaran di pasaran menyebabkan harga meningkat. Oleh itu adalah perlu untuk mengekalkan jumlah permintaan pada tahap yang munasabah.

2. Mengawal Bekalan
Dilakukan dengan cara meningkatkan bekalan melalui peningkatan produktiviti, memperbaiki jaringan pengedaran, mengimport bahan mentah yang lebih murah dan mengurangkan pembaziran merupakan langkah berkesan untuk mengurangkan tekanan inflasi.

3. Polisi Ekonomi Makro
Tindakan Kerajaan melalui pengurusan cukai, kewangan dan pentadbiran untuk menentukan halatuju pembangunan negara

4. Yang nyata kita tak mampu menahan Inflasi walauapapun tindakan yang kita ambil. Satu saja yang kebal inflasi, Emas Fizikal. Bertukarlah kepada Emas.

PERANAN PENGGUNA MENGHADAPI INFLASI* Jangan beli semasa harga tinggi. Beli semasa ditawarkan harga rendah.
* Elakkan pembaziran, berjimat dan membeli apabila perlu sahaja dan mengikut rancangan perbelanjaan dan kemampuan anda.
* Cari kedai yang menawarkan harga yang berpatutan serta yang meletakkan tanda harga.
* Dapatkan harga terbaik juga dengan cara tawar-menawar jika dapat dilakukan.
* Pengguna perlu memainkan peranan sebagai pengeluar atau pemberi khidmat untuk meningkatkan produktiviti mereka.
* Pengguna/pengeluar hendaklah beretika.
* Memperbaiki yang lama lebih baik daripada membeli baru, jika ekonomik.


*** SIMPANLAH EMAS FIZIKAL KERANA TERBUKTI KEBAL INFLASI ( 1430 tahun lalu seekor kambing berharga 1 Dinar dan sekarang pun masih berharga 1 Dinar ) terbukti Emas pemyimpan nilai yang terbaik. EMAS KEBAL INFLASI…

Harap pembaca semua faham tentang inflasi…
Contoh paling mudah untuk faham ttg inflasi :-
Saya gunakan 1 Dinar sebagai contoh

pada tahun 2002 dengan 1 Dinar boleh dibeli RM140.00.
pada tahun 2003 dengan 1 Dinar boleh dibeli RM168.00.
pada tahun 2004 dengan 1 Dinar boleh dibeli RM202.00.
pada tahun 2005 dengan 1 Dinar boleh dibeli RM242.00.
pada tahun 2006 dengan 1 Dinar boleh dibeli RM290.00.
pada tahun 2007 dengan 1 Dinar boleh dibeli RM348.00.
pada tahun 2008 dengan 1 Dinar boleh dibeli RM418.00.
pada tahun 2009 dengan 1 Dinar boleh dibeli RM502.00.
pada tahun 2010 dengan 1 Dinar boleh dibeli RM645.00.
pada tahun 2011 dengan 1 Dinar boleh dibeli RM790.00.
pada tahun 2012 dengan 1 Dinar boleh dibeli RM??????


“ANDA BAYAR LEBIH UNTUK 1 DINAR YANG SAMA”
Jadi cuba bayangkan pada masa depan semakin lama nilai wang kita semakin kecil dan meyusut itu baru 10 tahun…jadi mari kita gandakan simpanan Emas Fizikal Magnet Kekayaan Anda…

Untuk mengetahui tentang bagaimana untuk anda melindungi nilai wang dan seterunya mencapai sasaran kewangan anda semasa persaraan nanti sila hubungi saya samada melalui email richpositiveresources@gmail .com atau call 019.913.5.525 atau sms…terpulang kepada anda. 


PENDIDIKAN ADALAH SATU PENEMUAN PROGRESIF TENTANG KEJAHILAN KITA SENDIRI | MENGETAHUI SAHAJA TIDAK MENCUKUPI | KITA PERLU AMALKAN | KESANGGUPAN SAHAJA TIDAK MENCUKUPI | KITA WAJIB BERTINDAK SEKARANG | CEPAT BERTINDAK CEPATLAH HASILNYA | BERTINDAKLAH SEKARANG UNTUK MELINDUNGI KEKAYAAN ANDA | SAYA SEDIA MEMBIMBING ANDA | 0199135525

Emas 'Mahal' sangat ke?

Mahal ke Emas? Atau nilai mata wang yang merosot? Mari kita renungkan. Biasanya barang menjadi mahal disebabkan beberapa faktor, antaranya samada kerana ianya sedikit ataupun ianya sukar diperolehi atau lebih tepat permintaan melebihi pengeluaran, nilai matawang susut dek inflasi dan beberapa faktor lain lagi seperti perang, huru-hara, politik tak stabil dan lain-lain. Berbalik kepada Emas dua ciri utamanya adalah kerana sedikit dan mempunyai banyak kelebihan. Tidak seperti logam lain kuantiti Emas adalah sedikit. Emas juga tidak boleh dibuat dikilang dalam bahasa lain Emas tak boleh dicipta. Dianggarkan sekiranya keseluruhan emas yang pernah dikeluarkan dari perut bumi diseluruh dunia dikumpulkan, ianya sekadar 160,000 metrik tan sahaja.

Tidak semua tempat di dunia ini ada Emas . Menurut statistik lombong Emas setiap 5tan bijih hanya dapat 5gram Emas . Ada juga lombong dedah yang hanya memperoleh sekitar tiga hingga empat gram setiap tan bijih. Disebabkan penghasilan yang sedikit itu, Emas mempunyai kegunaan yang banyak. Sebab itu permintaan Emas sentiasa melebihi kapasiti pengeluaran. Penggunaan utama Emas sejak dahulu lagi adalah bagi dijadikan sebagai barang perhiasan ataupun barang kemas. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh World Gold Council (WGC) melalui lapuranya iaitu Gold Demand Trends Full Year 2010 menunjukkan pada tahun 2010, permintaan emas adalah sebanyak 3,812 tan berbanding 1,269 tan ataupun kira-kira 50%.

Suasana politik juga banyak memainkan peranan, perubahan polisi sesebuah negara kuasa dunia, bencana alam, peperangan, kemarau dan juga faktor kenaikan harga komoditi utama dunia terutamanya minyak mampu menyebabkan harga emas berubah. Secara langsung atau tak langsung memberi pengaruh kepada harga Emas dunia dari tahun ke tahun. Anda boleh lihat graf dibawah ini atau disini. kannnnn….cepat bertindak….cepat hasilnya…

PENDIDIKAN ADALAH SATU PENEMUAN PROGRESIF TENTANG KEJAHILAN KITA SENDIRI | MENGETAHUI SAHAJA TIDAK MENCUKUPI | KITA PERLU AMALKAN | KESANGGUPAN SAHAJA TIDAK MENCUKUPI | KITA WAJIB BERTINDAK SEKARANG | CEPAT BERTINDAK CEPATLAH HASILNYA | BERTINDAKLAH SEKARANG UNTUK MELINDUNGI KEKAYAAN ANDA | SAYA SEDIA MEMBIMBING ANDA | 0199135525 



Pengenalan Emas



Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah swt. Tidak ada pujian melainkan milik Nya jua. Sesungguhnya tanpa izin dan rahmatnya, tiadalah daya kita makhluknya untuk melakukan sesuatu. Selawat dan salam ke atas sebaik-baik umat Nya, jujungan kita Nabi Muhammad saw.


Dengan izin Nya juga saya disini untuk berkongsi post pertama di blog saya. Semoga dapat menambah nilai hidup anda semua. Disini saya akan menceritakan sedikit mengenai Emas dalam kehidupam manusia. Sejarah membuktikan Emas adalah logam mulia yang dicipta Allah swt. Emas telah di gunakan sejak dahulu lagi sebagai lambang kebesaran dan kemewahan. Sebagai contoh kerajaan Mesir telah menggunakan Emas lebih kurang 1600 tahun sebelum masihi. Dapatlah disimpulkan disini Emas seusia dengan sejarah manusia sendiri. Hampir semua bangsa yang wujud di duna ini tidak menolak Emas sebagai logam paling bernilai. Ia sentiasa dinilai begitu tinggi berbanding logam-logam mewah lain atau intan berlian. Jika tewas sekalipun Emas sentiasa mendapat tempat dari segi penerimaan diseluruh dunia tak kira apa kedudukan anda sekalipun berbanding logam lain. Boleh dikatakan setiap rumah di dunia ini ada logam mulia ini. Sejak awal tamadun manusia Emas sudah digunakan dalam kapasiti yang mengambarkan ketinggian nilainya. Hanya pembesar-pembesar sahaja yang memiliknya.


Dari dulu sehingga sekarang  Emas  tetap no.1 walaupun kemajuan teknologi dan tamadun menyaksikan banyak logam lain digunakan sebagai perhiasan ataupun kegunaan lain seperti teknologi satelit dan pemproses komputer, emas tetap tidak tergugat kedudukannya. Sejak kebelakangan ini  Emas  kembali sebagai peranan Azalinya iaitu sebagai Mata Wang Syariah umat manusia.


Hadith Nabi saw.
Abi Bakar Ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasullullah S.A.W. bersabda : “Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah DINAR dan DIRHAM(Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal)


Kita telah ditipu oleh Yahudi supaya menggunakan wang kertas yang semakin hari semakin jatuh nilai dimamah inflasi. Sekiranya kita menjenguk kembali sekitar 15-20 tahun lepas, kita mungkin perasan peranan  Emas  tidak diberi perhatian sebagai medium pelaburan. Pada masa tersebut saham, bon, hartanah dan lain-lain bentuk pelaburan menjadi pilihan. Namun perkembangan muktahir menyaksikan betapa pelaburan tersebut sangat rapuh dan jatuh satu demi satu. Ini mengakibatkan yang besar kepada pelaburnya sehingga ada yang bunuh diri akibat tekanan. Tapi pernahkah anda dengar berita yang mengatakan pelabur  Emas  bunuh diri akibat kejatuhan harga emas? Tidak ada, bukan?


Selepas kejatuhan ekonomi dunia pada 1998 dan sekali lagi 2008, baru orang ramai menyedari kehebatan  Emas  sebagai medium pelaburan baru yang tidak tergugat kedudukanya. Dalam situasi ekonomi merudum dengan dahsyat, dan nilai mata wang menyusut,  Emas  dengan senyap-senyap bergerak perlahan melawan arus. Nilainya semakin meningkat perlahan-lahan dan semakin ketara kenaikanya.


Kini  Emas  telah menunjukkan kehebatnya dan manusia kembali memburunya. Mulalah dari sekarang untuk menyimpan  Emas . Jangan percaya….buat jer…belum cuba belum tahu…kannnn….


Hubungi Saya 019.913.5.525 | RichPositive Resources

Jumaat, 13 April 2012