Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah swt. Tidak ada pujian melainkan milik Nya jua. Sesungguhnya tanpa izin dan rahmatnya, tiadalah daya kita makhluknya untuk melakukan sesuatu. Selawat dan salam ke atas sebaik-baik umat Nya, jujungan kita Nabi Muhammad saw.
Dengan izin Nya juga saya disini untuk berkongsi post pertama di blog saya. Semoga dapat menambah nilai hidup anda semua. Disini saya akan menceritakan sedikit mengenai Emas dalam kehidupam manusia. Sejarah membuktikan Emas adalah logam mulia yang dicipta Allah swt. Emas telah di gunakan sejak dahulu lagi sebagai lambang kebesaran dan kemewahan. Sebagai contoh kerajaan Mesir telah menggunakan Emas lebih kurang 1600 tahun sebelum masihi. Dapatlah disimpulkan disini Emas seusia dengan sejarah manusia sendiri. Hampir semua bangsa yang wujud di duna ini tidak menolak Emas sebagai logam paling bernilai. Ia sentiasa dinilai begitu tinggi berbanding logam-logam mewah lain atau intan berlian. Jika tewas sekalipun Emas sentiasa mendapat tempat dari segi penerimaan diseluruh dunia tak kira apa kedudukan anda sekalipun berbanding logam lain. Boleh dikatakan setiap rumah di dunia ini ada logam mulia ini. Sejak awal tamadun manusia Emas sudah digunakan dalam kapasiti yang mengambarkan ketinggian nilainya. Hanya pembesar-pembesar sahaja yang memiliknya.
Dari dulu sehingga sekarang Emas tetap no.1 walaupun kemajuan teknologi dan tamadun menyaksikan banyak logam lain digunakan sebagai perhiasan ataupun kegunaan lain seperti teknologi satelit dan pemproses komputer, emas tetap tidak tergugat kedudukannya. Sejak kebelakangan ini Emas kembali sebagai peranan Azalinya iaitu sebagai Mata Wang Syariah umat manusia.
Hadith Nabi saw.
Abi Bakar Ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasullullah S.A.W. bersabda : “Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah DINAR dan DIRHAM” (Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal)
Kita telah ditipu oleh Yahudi supaya menggunakan wang kertas yang semakin hari semakin jatuh nilai dimamah inflasi. Sekiranya kita menjenguk kembali sekitar 15-20 tahun lepas, kita mungkin perasan peranan Emas tidak diberi perhatian sebagai medium pelaburan. Pada masa tersebut saham, bon, hartanah dan lain-lain bentuk pelaburan menjadi pilihan. Namun perkembangan muktahir menyaksikan betapa pelaburan tersebut sangat rapuh dan jatuh satu demi satu. Ini mengakibatkan yang besar kepada pelaburnya sehingga ada yang bunuh diri akibat tekanan. Tapi pernahkah anda dengar berita yang mengatakan pelabur Emas bunuh diri akibat kejatuhan harga emas? Tidak ada, bukan?
Selepas kejatuhan ekonomi dunia pada 1998 dan sekali lagi 2008, baru orang ramai menyedari kehebatan Emas sebagai medium pelaburan baru yang tidak tergugat kedudukanya. Dalam situasi ekonomi merudum dengan dahsyat, dan nilai mata wang menyusut, Emas dengan senyap-senyap bergerak perlahan melawan arus. Nilainya semakin meningkat perlahan-lahan dan semakin ketara kenaikanya.
Kini Emas telah menunjukkan kehebatnya dan manusia kembali memburunya. Mulalah dari sekarang untuk menyimpan Emas . Jangan percaya….buat jer…belum cuba belum tahu…kannnn….
Hubungi Saya 019.913.5.525 | RichPositive Resources
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan. Seluruh kehidupan adalah satu ujian. Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.
’ (جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء) yang bermaksud “Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.” Terima Kasih Singgah Blog Ambo.
TERIMA KASIH
SAYA BANTU ANDA
MELABUR
EMAS FIZIKAL
019 913 5525
@ WhatApp
0145 339399
www.richpositive.com