KUCHING – Meskipun lombong emas di kaki Gunung Tabai, Bau di sini sudah memakan tiga korban, para pelombong emas haram tidak pernah serik untuk mencari logam berharga itu sejak berbulan-bulan lalu.
Lebih menjengkelkan, mereka bukan sahaja mencuri emas dari lombong berkenaan bahkan sanggup pula memberi suapan kepada pekerja syarikat yang memiliki lombong terbabit agar melindungi kegiatan mereka.
Lombong tersebut dimiliki oleh syarikat North Borneo Gold Sdn. Bhd.
Pelombong emas haram itu yang terdiri daripada warga tempatan dan pendatang asing tanpa izin langsung tidak mempedulikan soal keselamatan diri ketika melakukan kegiatan tersebut.
Ini kerana hasil jualan emas yang diperoleh sangat lumayan.
Peralatan-peralatan khas seperti penyodok tanah, pahat, tukul, guni serta khemah yang dibawa menjadi penguat semangat kepada mereka untuk menggali emas sebanyak mungkin.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. 21 Ogos 2012

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan. Seluruh kehidupan adalah satu ujian. Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.
’ (جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء) yang bermaksud “Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.” Terima Kasih Singgah Blog Ambo.
TERIMA KASIH
SAYA BANTU ANDA
MELABUR
EMAS FIZIKAL
019 913 5525
@ WhatApp
0145 339399
www.richpositive.com