Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif Public Gold, Datuk Louis Ng Chun Hau berkata, ketika ini Public Gold mempunyai 14 cawangan di seluruh negara dan tiga lagi cawangan akan dibuka di Kota Kinabalu, Kajang serta Klang selain mengintai pasaran baru di Thailand dan Indonesia tidak lama lagi.
Beliau berkata, sejak Public Gold memulakan operasi pada 2009, jumlah pengedar serta pelanggannya setakat ini mencecah 30,000 orang dan menjelang akhir 2013, pihaknya meletakkan sasaran 40,000 orang.
“Paling membanggakan apabila Public Gold buat pertama kalinya mencipta reka bentuk unik syiling emas dan perak untuk Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. “Wang syiling berkonsepkan 3D dalam dominasi lima dan 10 dirham serta lima dinar dan 10 dinar itu sudah diserahkan dan digunakan sebagai hadiah atau cenderahati untuk tetamu Diraja,” katanya ketika ditemui di Pulau Pinang.
Ng berkata, pihaknya turut menawarkan tempahan set istimewa dengan reka bentuk dan corak tersendiri yang dipilih pelanggan mengikut terma dan syarat syarikat iaitu 5,000 unit ke atas.
Menurutnya, Public Gold juga akan memperluaskan pasaran dan menjadi satu daripada lima syarikat popular di Malaysia, malah paling penting menjadi pusat sehenti emas fizikal dunia.
“Kami juga menyediakan perkhidmatan peti simpanan dengan 5,000 peti keselamatan dilengkapi ciri Chubb Safes dan ia antara yang terbesar di negara ini serta dilindungi insurans yang dijamin selamat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan. Seluruh kehidupan adalah satu ujian. Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.
’ (جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء) yang bermaksud “Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.” Terima Kasih Singgah Blog Ambo.
TERIMA KASIH
SAYA BANTU ANDA
MELABUR
EMAS FIZIKAL
019 913 5525
@ WhatApp
0145 339399
www.richpositive.com