Satu tempayan syiling emas
daripada era Perang Salib yang bernilai hingga AS$500,000 (RM1.58 juta) ditemui
tertanam dekat sebuah kubu purba tentera Rom di Israel. Syiling emas itu
ditanam tentera Kristian atas arahan kumpulan panji-panji satria ketika tentera
Kristian berdepan serangan berterusan daripada angkatan tentera Islam yang
besar. Kumpulan panji-panji satria itu ditewaskan pada April 1265. Syiling emas
itu yang mempunyai nilai tinggi walaupun pada tahun 1265 dan disangka ditanam -
sebenarnya disembunyikan dalam sebuah tempayan pecah bagi mengelakkan ia
ditemui.
Kubu berkenaan juga dimusnahkan pada April 1265 oleh tentera Mamluk
yang menewaskan tentera Salib dan harta itu hanya terselamat berikutan buah
fikiran seorang daripada tentera Kristian. “Ia ada dalam tempayan kecil yang
sebahagiannya pecah,” kata Oren Tal daripada Universiti Tel Aviv kepada Fox
News. “Muslihatnya adalah untuk menanam sesuatu yang pecah dalam tanah dan
menimbusnya bagi menyembunyikan syiling emas di dalamnya. “Sekiranya, seseorang
menemui tempayan itu, dia tidak akan menggalinya dan tidak akan melihat isi di
dalamnya serta menemui syiling emas itu. Apabila kita mula mengalihnya, syiling
emas itu akan keluar,” katanya. Kubu tentera Rom di Taman Negara Apollonia itu
telah membongkar sebahagian besar harta karun arkeologi, tetapi saintis yang
membuat penggalian lapisan tanah pada kurun ke-13 itu, terkejut dengan penemuan
satu tempayan syiling emas. Tempayan tanah liat itu mengandungi lebih 100
keping syiling emas dari zaman tentera Salib menakluk kubu berkenaan yang pada
asalnya dibina oleh tentera Rom. Syiling emas yang ditemui dalam kubu itu
merujuk kembali pada zaman empayar Fatimiyah di Afrika Utara dan berusia 200
hingga 300 tahun lebih awal berbanding kubu yang musnah itu. Syiling emas itu
dikeluarkan di Tripoli dan Iskandariah dan sangat berharga. “Syiling era
Fatimiyah sangat sukar dikaji. “Hurufnya kadangkala amat sukar untuk ditafsir,”
kata Tal. Syiling itu boleh dijual hingga AS$5,000 (RM15,887) sekeping, menurut
akhbar Israel, Haaretz. – DM
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/12 HARIAN METRO
* MORALNYA Emas itu masih bernilai RM 1.58juta walaupun berusia beratus tahun. Simpanlah Emas Fizikal.
.jpg)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan. Seluruh kehidupan adalah satu ujian. Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.
’ (جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء) yang bermaksud “Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.” Terima Kasih Singgah Blog Ambo.
TERIMA KASIH
SAYA BANTU ANDA
MELABUR
EMAS FIZIKAL
019 913 5525
@ WhatApp
0145 339399
www.richpositive.com